ad
AGENDA

MB: MPIS jadi wadah, pusat wujud perpaduan

20 Sep 2021, 12:11 AM
MB: MPIS jadi wadah, pusat wujud perpaduan

SHAH ALAM, 20 SEPT: Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS) adalah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menjadi wadah serta pusat untuk mewujudkan perpaduan, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata menerusi MPIS kerajaan dapat menilai bagaimana mewujudkan perpaduan dengan melihat contoh di tamadun-tamadun sebelum ini yang bukan sekadar atas nama toleransi tetap kesefahaman.

"Andalusia membuktikan bahawa kesefahaman antara masyarakat berbilang agama ketika itu, pertembungan Eropah dan Asia mampu dirangkum dan stabil dengan kefahaman dan keprihatinan satu sama lain.

"Ini akan menjadi salah satu inti penting kepada usaha membentuk perpaduan dan semoga sesi ini menerbit dan menumpukan sesuatu bermakna dan menjadi model kepada Selangor," katanya dalam merasmikan Sidang Perpaduan MPIS secara maya hari ini.

Amirudin berkata usaha Kerajaan Negeri ini adalah langkah ke hadapan dalam memastikan Selangor sebagai negeri pendahulu dan juara dalam pelaburan pembangunan ekonomi yang mempunyai kestabilan ekonomi dan politik.

"Walaupun berada dalam cabaran pandemik Covid-19 yang belum berakhir tetapi nampak tanda-tanda kejayaan awal kita masih mampu meneruskan agenda termasuk menubuhkan MPIS yang diluluskan dalam MMKN baru-baru ini," katanya.

Sebelum ini, Amirudin mengumumkan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta untuk menggerak usaha perpaduan dan integrasi negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan Negeri Selangor di bawah pimpinan Dr Siti Mariah Mahmud.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.