ad
AGENDA

Tujuh terperangkap insiden kepala air di Sungai Kedondong

17 Sep 2021, 3:28 PM
Tujuh terperangkap insiden kepala air di Sungai Kedondong

SHAH ALAM, 17 SEPT: Tujuh lelaki terperangkap akibat arus deras susulan kejadian kepala air di kawasan batu di Sungai Kedondong, Batang Kali, dekat Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata seramai sembilan lelaki melakukan aktiviti pendakian dan hanya dua sahaja yang melepasi sungai berkenaan.

"Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.55 malam dan menggerakan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu ke lokasi kejadian.

"Anggota tiba pada jam 8.27 malam dan mendapati dua lelaki berjaya melepasi sungai itu, manakala tujuh lagi rakannya masih terperangkap," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kesemua mangsa tidak lemas dan dilihat masih berada di kawasan batu berkenaan.

"Operasi menyelamat mangsa masih giat dilakukan anggota bomba," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.