ad
AGENDA

Baru dua hari dibuka, Selangor Fruit Valley rekod pengunjung teramai (VIDEO)

16 Sep 2021, 3:40 PM
Baru dua hari dibuka, Selangor Fruit Valley rekod pengunjung teramai (VIDEO)

SHAH ALAM, 16 SEPT: Selangor Fruit Valley (SFV) mencatat sejarah tersendiri apabila menerima jumlah pengunjung harian tertinggi seramai 823 individu.

Pengurus pemasarannya Nor Rashidah Mohamed Raihan berkata bilangan itu meningkat sekali ganda berbanding yang pernah direkodkan sebelum ini.

"Sebelum Covid-19 purata pengunjung sekitar 300 hingga 400 orang terutama pada hujung minggu dan cuti umum serta cuti sekolah.

"Jumlah itu turun mendadak ketika pandemik Covid-19 melanda dengan anggaran sekitar 200 pengunjung paling ramai yang kita dapat capai," katanya ketika dihubungi.

Meskipun menerima pengunjung yang ramai, Nor Rashidah berkata mereka tidak hadir serentak selain kekal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

SFV yang terletak di Bestari Jaya dibuka secara rasmi semalam khusus kepada individu lengkap dos vaksin dengan tawaran satu tiket percuma bagi setiap tiga pembelian pas masuk.

Harga tiket yang ditawarkan adalah RM15 bagi dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala bagi warga asing tiket dewasa berharga RM30 dan kanak-kanak RM25.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-6880792 selain e-mel [email protected] atau [email protected].

SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

[video width="640" height="352" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2021/09/WhatsApp-Video-2021-09-11-at-6.08.13-PM.mp4"][/video]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.