ad
AGENDA

KDN akan terus bantu pelajar asing perbaharu visa

15 Sep 2021, 5:34 AM
KDN akan terus bantu pelajar asing perbaharu visa

SHAH ALAM, 15 SEPT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus membantu pelajar asing di Malaysia untuk memperbaharui visa bagi meneruskan pengajian di sini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata mereka boleh berhubung terus dengan Jabatan Imigresen bagi tujuan tersebut.

"Kita tidak akan bertindak kejam dan keterlaluan tetapi akan berikan khidmat nasihat sewajarnya bagi membolehkan kerjasama antara negara dan negara luar yang mahu menjadikan Malaysia antara hab pendidikan terkenal," katanya.

Beliau menjawab soalan Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) berhubung kedudukan pelajar asing yang sudah tamat visa.

Sebelum itu, Maszlee memaklumkan banyak aduan pelajar yang sudah tamat visa diarah keluar dari negara dan kembali semula bagi memperbaharui visa.

Katanya, tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan itu dibimbangi meningkatkan risiko jangkitan Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.