ad
AGENDA

17.6 juta individu lengkap dos vaksin sejak Februari

15 Sep 2021, 3:16 AM
17.6 juta individu lengkap dos vaksin sejak Februari

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Sebanyak 54.1 peratus atau 17,653,079 individu daripada keseluruhan populasi di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 66.3 peratus atau 21,649,228 individu pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 243,971 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 39,234,306 dos.

Sementara itu, setakat 11.59 malam 14 September, sebanyak 104 kematian sebenar harian Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, dengan 359 kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 21,587 kes.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.