ad
AGENSI

Cycling Selangor terbit buku panduan asas aktiviti berbasikal

15 Sep 2021, 12:07 AM
Cycling Selangor terbit buku panduan asas aktiviti berbasikal

SHAH ALAM, 15 SEPT: Cycling Selangor menerusi Selangor Youth Community (SAY) menerbitkan sebuah buku panduan berbasikal 'Selangor Smart Cycling'.

Pelancaran buku itu disaksikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dalam sesi dialog ‘Selangor Youths Have A SAY: Visi Sukan Negara Townhall’ yang diadakan secara maya hari ini.

Buku panduan berbasikal edisi pertama itu diterbitkan dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai rujukan dan panduan asas untuk permulaan aktiviti berbasikal.

Empat perkara utama yang menjadi fokus dalam penerbitan 'Selangor Smart Cycling' ialah laluan berbasikal, penjagaan basikal, pengambilan nutrisi dan keselamatan berbasikal.

Cycling Selangor merupakan inisiatif diasaskan Raja Muda Selangor untuk menggilap dan mengembangkan juara dunia berbasikal yang berasal dari Selangor.

Cycling Selangor juga memainkan peranan penting dalam memfasilitasi dan menghubungkan pelbagai komuniti berbasikal dengan agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk meningkatkan impak dalam program berbasikal di Selangor.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.