ad
AGENDA

Lantik tokoh baharu ketuai Majlis Pemulihan Negara, bukan individu gagal  

14 Sep 2021, 1:27 PM
Lantik tokoh baharu ketuai Majlis Pemulihan Negara, bukan individu gagal  

SHAH ALAM, 14 SEPT: Kerajaan seharusnya melantik tokoh lebih berpengalaman mengetuai Majlis Pemulihan Negara bukannya seorang yang telah gagal, kata ketua pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sudah memaklumkan supaya seorang tokoh baharu dilantik ke jawatan itu.

"Sebaiknya ambil tokoh baharu, ya dari kerajaan kita tidak cadang pembangkang. Ambil yang ada pengalaman dan mampu mengendali.

"Jangan ambil individu sama dan harapkan cadangan baharu yang boleh menyelesaikan isu Covid-19," kata Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam perbahasan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pada 4 September lalu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.

Anwar berkata Muhyiddin ternyata gagal mengurus penularan Covid-19 ketika menjadi perdana menteri walaupun berkuasa penuh dengan mengisytiharkan darurat.

"Jumlah kes semakin tinggi dan lebih merunsingkan jumlah kematian negara kita di antara paling tinggi," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.