ad
AGENDA

JKJAV: Lebih 60 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

27 Ogos 2021, 1:48 AM
JKJAV: Lebih 60 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Malaysia mencapai 60.2 peratus populasi dewasa atau 14,095,554 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian maklumat dalam laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan seramai 18,948,648 individu atau 80.9 peratus sudah menerima dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,044,202 dos.

Menurut JKJAV, 58 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara mendapat dos pertama manakala 43.2 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula merekodkan sebanyak 408,295 dos dengan 252,626 daripadanya merupakan dos kedua dan baki 155,669 adalah dos pertama.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.