ad
AGENDA

Pekawanis peruntuk RM220,000 bantu pesakit kronik beli ubat

23 Ogos 2021, 11:59 PM
Pekawanis peruntuk RM220,000 bantu pesakit kronik beli ubat

SHAH ALAM, 24 OGOS : Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk sejumlah RM220,000 bagi membantu pesakit kronik di 44 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhammad berkata inisiatif di bawah program Ziarah Medik Pekawanis bertujuan meringankan beban pesakit untuk membeli ubat-ubatan.

"Setiap daripada pesakit ini diberi RM250 untuk membeli ubat dan barangan keperluan harian. Golongan penerima layak akan ditentukan oleh ahli majlis dan ketua kampung.

"Kita harap bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka terutama ketika pandemik Covid-19," katanya kepada SelangorKini.

Isteri kepada Dato' Menteri Besar berkata Pekawanis juga sedang dalam perancangan untuk mengagihkan sumbangan kit kesihatan kepada petugas barisan hadapan pada masa akan datang.

"Kita sedang merancang program, insya-Allah nanti kita akan umumkan peralatan yang ada dalam kit itu," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.