ad
AGENSI

Bapa cekal buat dua kerja demi sara keluarga

22 Ogos 2021, 6:28 AM
Bapa cekal buat dua kerja demi sara keluarga
Bapa cekal buat dua kerja demi sara keluarga
Bapa cekal buat dua kerja demi sara keluarga

GOMBAK, 22 OGOS: Seorang bapa muda cekal mencari pendapatan tambahan dengan menyertai perkhidmatan e-panggilan sebagai penghantar makanan bagi menampung keperluan keluarga yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Juruteknik Muhamad Adib Azimi, 28, berkata beliau tekad melakukan dua kerja bersama Food Panda sejak Mac tahun lalu selepas isterinya hilang punca pendapatan sebagai guru Taman Didikan Awal Kanak-kanak (Tadika) apabila pusat itu tidak beroperasi.

[caption id="attachment_484533" align="alignright" width="380"] Muhamad Adib Azimi. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI[/caption]

"Dalam tempoh mencabar ini, masing-masing susah dan semua berdepan ujian. Saya selalu berpesan pada isteri, selagi mampu saya akan berusaha kerana percaya rezeki ada di mana-mana.

"Paling penting adalah menyara keluarga dengan menyediakan keperluan harian terutama untuk dua anak yang masih kecil," katanya yang menetap di Balakong, Cheras.

Sementara itu, Hairurrahman Ahmad Mimpari, 37, bersyukur kerana mampu menjana pendapatan sebagai penghantar barangan bersama Lalamove selepas khidmatnya sebagai jurutera di syarikat swasta ditamatkan berikutan pandemik Covid-19.

[caption id="attachment_484534" align="alignleft" width="380"] Hairurrahman Ahmad Mimpari. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI[/caption]

"Mahu tidak mahu memang saya kena buat kerja ini kerana perlu jalankan tanggungjawab sebagai anak sulung untuk menyara ibu dan bapa yang uzur termasuk enam adik beradik," katanya.

Terdahulu, mereka berdua adalah antara 50 penerima program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) disampaikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Dewan Rakyat Batu Caves di sini semalam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.