ad
AGENDA

Mufti: Jenazah pesakit Covid-19 berisiko tidak perlu dimandi, tayamum

18 Ogos 2021, 10:33 AM
Mufti: Jenazah pesakit Covid-19 berisiko tidak perlu dimandi, tayamum

SHAH ALAM, 18 OGOS: Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan jenazah pesakit Covid-19 tidak perlu dimandi dan ditayamum sekiranya terdapat risiko jangkitan.

Mufti Datuk Dr Anhar Ophir berkata fatwa baharu mengenai pengurusan jenazah Covid-19 di negeri ini mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 7 Ogos lalu, lapor Sinar Harian.

"Sekiranya terdapat kebimbangan memandikan atau tayamum membawa kepada penyebaran penyakit, maka gugur kewajipan (memandi atau tayamum) ke atas jenazah, sebaliknya jenazah terus sahaja dikafankan, disembahyang dan dikebumikan,.

"Bagaimanapun segala keputusan berhubung pengurusan jenazah Covid-19 itu perlu mendapat nasihat dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan sumbangan 7,000 set sut pelindung diri (PPE) bernilai RM385,000 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada petugas pengurusan jenazah Covid-19 di Masjid Jamek Al-Rahimiah, Klang, hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.