ad
AGENDA

Selangor tidak kompromi isu pencemaran, LUAS atasi aduan segera

11 Ogos 2021, 9:34 AM
Selangor tidak kompromi isu pencemaran, LUAS atasi aduan segera

SHAH ALAM, 11 OGOS: Selangor tidak akan berkompromi berhubung isu pencemaran di negeri ini, tegas Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah bertindak segera berhubung aduan pencemaran di Sungai Langat membabitkan sebuah kilang kertas kitar semula pada 26 April lalu.

Menurut beliau sekurang-kurangnya tiga pemeriksaan berhubung aduan pencemaran di Sungai Langat membabitkan sebuah kilang kertas kitar semula.

"Tiada kompromi dengan isu pencemaran," katanya menerusi Facebook.

Pada 8 Ogos, LUAS telah mengambil tindakan segera berhubung aduan pencemaran di Sungai Langat membabitkan sebuah premis kilang kertas kitar semula pada 26 April lalu.

LUAS dalam satu kenyataan menjelaskan hasil siasatan dan pensampelan dilakukan bagaimanapun mendapati kualiti air kolam takungan di lokasi berkenaan berada dalam keadaan baik dan tiada pencemaran ditemui.

Berdasarkan rekod, indeks kualiti air di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang di hulu premis itu juga berada dalam keadaan baik iaitu Kelas II (April 2021) dan tiada gangguan terhadap abstraksi muka sauk bekalan air.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.