ad
AGENDA

28.3 peratus rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin

11 Ogos 2021, 2:36 AM
28.3 peratus rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Sebanyak 28.3 peratus atau 9,246,295 populasi negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,119,916 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 25,366,211 dos.

“Mengikut peratusan, 68.9 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 39.5 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 357,891 dos diberikan semalam dengan 160,320 adalah dos pertama manakala 197,661 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.