ad
AGENSI

LZS: 3,000kg daging korban diagih kepada asnaf, fakir miskin

9 Ogos 2021, 4:48 AM
LZS: 3,000kg daging korban diagih kepada asnaf, fakir miskin

SHAH ALAM, 9 OGOS: Sejumlah 3,000 kilogram daging korban diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin serta masyarakat sekitar Puchong dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Hicom kelmarin.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan pihaknya membantu menyerahkan daging korban anjuran Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM).

Penyerahan daging itu dilakukan ketua pegawai eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop kepada wakil-wakil masjid di kawasan tersebut.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga dengan bekalan daging ini dapat meringankan beban terutama di waktu yang sukar ini," katanya menerusi Facebook semalam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.