ad
BUDAYA

Di anjung hotel terapung

9 Ogos 2021, 12:30 AM
Di anjung hotel terapung

i.

pagi buram di anjung hotel terapung lima bintang. kuintai ikan-ikan dan karang dan angin dan matahari suam berbalam namun tak pernah karam tak pernah tenggelam.

ii.

hotel ini telah kubayar harga heningnya. berlakon menjadi angin, menjadi matahari atau bulan dan saban masa cuba berjenaka atau dengan rakus menjeling kecewa namun tertawa usiaku tak juga menjelma muda.

iii.

kuperasan ibu ikan mencium anak-anaknya lalu berkata," hari ini kita bukan lagi ikan-ikan, tidak juga menumpang kepada karang-karang tetapi kitalah tuan menjaga satu sudut dari pameran."

Ghazali Sulong

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.