ad
AGENDA

Individu lengkap vaksin dibenar solat di masjid, surau

8 Ogos 2021, 9:48 AM
Individu lengkap vaksin dibenar solat di masjid, surau
Individu lengkap vaksin dibenar solat di masjid, surau

SHAH ALAM, 8 OGOS: Kerajaan membenarkan aktiviti solat sahaja di masjid dan surau kepada jemaah yang lengkap menerima suntikan vaksin.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas hari ini berkata kebenaran itu terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara mulai Selasa ini.

"Pihak masjid dan surau perlu pastikan tatacara operasi piawai (SOP) seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan juga pastikan jemaah terus pulang setelah selesai solat.

"Jemaah yang hadir menunaikan solat mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada petugas masjid yang menunjukkan mereka telah menerima vaksinasi lengkap," katanya.

Lengkap dua dos vaksin bermaksud seseorang itu melepasi tempoh 14 hari selepas menerima suntikan Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac manakala 28 hari bagi satu dos vaksin Johnson & Johnson dan Cansino.

Muhyiddin menambah kemudahan itu juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah ibadat.

"Pelaksanaan kemudahan ini tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi rumah ibadat selain Islam," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.