ad
BERITA UTAMA

Selangor lulus RM472 juta dana bantu usahawan kecil

6 Ogos 2021, 6:58 AM
Selangor lulus RM472 juta dana bantu usahawan kecil
Selangor lulus RM472 juta dana bantu usahawan kecil

SHAH ALAM, 6 OGOS: Kerajaan Negeri meluluskan lebih RM472 juta dana menerusi program Selangor Advance bagi membantu perusahaan kecil sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata pembiayaan itu diluluskan menerusi dana tambahan sebanyak RM200 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.

"Sebagai usaha memastikan kelangsungan PKS di waktu pandemik ini, Kerajaan Negeri memperkenalkan Selangor Advance yang menawarkan perkhidmatan pembiayaan yang mudah dan fleksibel.

"Pembiayaan ini dapat membantu memastikan kelangsungan aliran tunai syarikat yang akan menjamin peluang pekerjaaan dan kebajikan para pekerja," Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Untuk keterangan lanjut mengenai inisiatif berkenaan, usahawan PKS boleh layari http://www.selangoradvance.com.my

Pada Jun, Amirudin Shari mengumumkan dana tambahan sejumlah RM200 juta untuk program Selangor Advance demi mengukuhkan daya saing perniagaan sekaligus menyelamatkan syarikat dan pekerja.

Peruntukan tersebut terkandung di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta bagi membantu rakyat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.