ad
EXCO

Penggerak belia Selangor diperkasa, iktiraf suara akar umbi

3 Ogos 2021, 10:14 AM
Penggerak belia Selangor diperkasa, iktiraf suara akar umbi
Penggerak belia Selangor diperkasa, iktiraf suara akar umbi

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kerajaan Selangor melancarkan logo baharu Penggerak Belia Selangor (PeBS) seiring dengan penjenamaan semula pertubuhan itu.

PeBS sebelum ini dikenali sebagai Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan ditukar kepada nama baharu pada tahun lepas.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman secara maya, hari ini.

Beliau berkata pemerkasaan peranan PeBS penting sebagai pembawa mandat Kerajaan Negeri bagi merealisasikan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

"Setiap 56 DUN di Selangor akan mempunyai lima ahli PeBS terdiri seorang ketua, setiusaha, bendahari, ahli jawatankuasa (AJK) penerangan dan publisiti serta AJK penyelarasan.

"Kita yakin konsep ini akan merapatkan hubungan antara PeBS, Ahli Dewan Negeri (ADN) dan penduduk setempat," katanya ketika berucap menerusi facebook Majlis Sukan Negara (MSN) Selangor hari ini.

Beliau berkata PeBS antara usaha mengiktiraf peranan serta suara belia yang mewakili hampir 50 peratus penduduk di negeri ini.

[caption id="attachment_482006" align="aligncenter" width="500"] Logo baharu PeBS[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.