ad
AGENDA

8,239 penduduk terima bantuan tambang RM20 seorang ke pusat vaksin

2 Ogos 2021, 5:00 AM
8,239 penduduk terima bantuan tambang RM20 seorang ke pusat vaksin

SHAH ALAM, 2 OGOS: Kerajaan Negeri meluluskan 8,239 permohonan rebat RM20 bagi perjalanan ulang-alik ke pusat pemberian vaksin (PPV) menggunakan perkhidmatan e-panggilan Grab setakat semalam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan peruntukan sejumlah RM68,400 diluluskan bagi pemberian inisiatif itu.

"Sehingga 1 Ogos, Inisiatif Rebat Pengangkutan ke PPV kerjasama dengan Grab Malaysia telah menerima 11,223 permohonan. Sebanyak 8,239 permohonan telah diluluskan dengan peruntukan RM68,400.

"Pendaftaran masih dibuka. Daftar di https://rebatpengangkutangrabvaksin.borangmbiselangor.com/," katanya menerusi Facebook.

Permohonan rebat yang dibuka 20 Jun lalu sah bagi perjalanan ke PPV seluruh Selangor dan Kuala Lumpur mulai 1 Julai hingga 30 September.

Sebelum ini, inisiatif dengan peruntukan RM1 juta yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 dikhususkan untuk penduduk berusia 50 tahun ke atas tetapi diperluas ke semua peringkat usia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.