ad
AGENDA

Majoriti kes di Selangor kontak rapat, hanya dua peratus saringan kluster

25 Jul 2021, 12:20 PM
Majoriti kes di Selangor kontak rapat, hanya dua peratus saringan kluster

SHAH ALAM, 25 JULAI: Majoriti kes Covid-19 di Selangor hari ini atau 4,884 kes (57.46 peratus) daripada keseluruhan 8,500 jangkitan melibatkan saringan kontak rapat, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata saringan lain-lain menyumbang 3,440 kes (40.47 peratus), saringan kluster 175 kes (2.06 peratus) dan satu melibatkan kes import (0.01 peratus).

"Di Selangor, didapati 72 peratus kes positif Covid-19 dikesan melalui ujian pengesahan di klinik atau makmal swasta.

"Situasi sama juga dapat dilihat di beberapa negeri lain. Ini menunjukkan tahap kesedaran orang ramai telah meningkat untuk tampil melakukan ujian Covid-19 terutama jika bergejala," katanya menerusi kenyataan.

Jumlah jangkitan Covid-19 terus melonjak ke paras tertinggi dengan 17,045 kes hari ini berbanding rekod 15,902 semalam.

Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes di negara ini melebihi paras sejuta kepada 1,013,438 kes.

Dr Noor Hisham memaklumkan Selangor turut mengalami kenaikan ketara apabila mencatat 8,500 kes berbanding 7,351 semalam.

 

-

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.