ad
AGENDA

Kontak rapat digalak buat ujian sendiri, terus kuarantin

24 Jul 2021, 7:03 AM
Kontak rapat digalak buat ujian sendiri, terus kuarantin

SHAH ALAM, 24 JULAI: Individu yang menjadi kontak rapat kes positif Covid-19 dan tidak bergejala digalak melakukan ujian Covid-19 di klinik atau menggunakan kit ujian kendiri dan seterusnya kuarantin di rumah.

Timbalan ketua pengarah kesihatan (kesihatan awam) berkata saranan itu bagi mengurangkan bebanan hospital di Lembah Klang dalam menguruskan jangkitan wabak.

"Dengan melakukan ujian kendiri dan pengasingan di rumah, diharapkan agar kes yang memerlukan rawatan dapat diberikan dengan kadar segera.

"Manakala kontak rapat yang tidak bergejala dapat melakukan ujian kendiri. Ini akan dilaksanakan apabila kit ujian kendiri boleh didapati dengan meluas," kata Datuk Dr Chong Chee Kheong menerusi kenyataan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.