ad
AGENDA

Anugerah Hadiah Sastera Selangor memartabat bahasa Melayu

21 Jul 2021, 5:19 AM
Anugerah Hadiah Sastera Selangor memartabat bahasa Melayu

SHAH ALAM, 21 JULAI: Penganjuran anugerah Hadiah Sastera Selangor (HSS) membantu usaha memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan tamadun.

EXCO kebudayaan berkata program berkenaan seiring hasrat Kerajaan Negeri yang sentiasa mengimbangi pembangunan fizikal dan perkembangan intelektual.

"Kita mahu kembalikan zaman keemasan tamadun Melayu suatu waktu dulu, biar berbekas hati dan jati diri kita," kata Borhan Aman Shah dalam majlis anugerah Hadiah Sastera Selangor 2020 semalam.

Menyifatkan mata pena lebih tajam daripada mata pedang, beliau turut menghargai penyertaan penulis yang menyokong usaha Selangor memartabat sastera Melayu.

"Penulis memapar wajah bangsanya, teruslah menulis demi membentuk sebuah bangsa yang membaca, yang dihormati lagi mulia," katanya.

Penganjuran kali kelima sejak diperkenal pada 2015 hasil cetusan idea Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika menjadi EXCO kebudayaan.

Akhbar Selangorkini yang diterbitkan Media Selangor, sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri, menyiarkan cerpen, sajak dan esei untuk dinilai panel juri bebas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.