ad
AGENSI

Mais anjur tanding video pendek, tawar hadiah RM2,700

18 Jul 2021, 3:58 AM
Mais anjur tanding video pendek, tawar hadiah RM2,700

SHAH ALAM, 18 JULAI: Sejumlah RM2,700 menanti pemenang pertandingan video pendek sempena Bulan Faraid Negeri Selangor 2021 anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Mais menerusi Facebook memaklumkan pemenang pertama akan menerima RM1,500 dan sijil, kedua (RM700 dan sijil) serta ketiga (RM500 dan sijil).

Pertandingan menghasilkan video tidak melebihi tiga minit dengan tema 'Ilmu Faraid dan Harta Pusaka' dibuka mulai semalam sehingga 31 Julai.

Syarat pertandingan adalah terbuka kepada peserta beragama Islam dengan borang penyertaan boleh didapati menerusi www.mais.gov.my.

Peserta diminta memuat naik video di Facebook dan Instagram dengan kapsyen #pertandinganvideofaraidmais selain perlu menghantar borang lengkap, pautan muat naik video serta salinan video menerusi email [email protected]

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi Mais menerusi 013-3620108 (Muhammad Syafiq) dan 019-2647649 (Mohd Makhi).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.