ad
BERITA UTAMA

EXCO: Ibadah korban di Selangor kekal dilaksana dengan SOP ketat

15 Jul 2021, 11:41 AM
EXCO: Ibadah korban di Selangor kekal dilaksana dengan SOP ketat
EXCO: Ibadah korban di Selangor kekal dilaksana dengan SOP ketat

SHAH ALAM, 15 JULAI: Ibadah korban di Selangor sempena sambutan Aidiladha kekal dilaksana empat hari berturut bermula 20 Julai dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

EXCO hal ehwal agama Islam berkata hanya lima petugas dibenarkan terlibat dalam proses sembelihan tersebut pada satu-satu masa.

"Sebaiknya mereka yang terlibat nanti sudah menerima satu dos vaksin dan patuh SOP untuk mengurangkan jangkitan Covid-19," kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau berkata demikian selepas Program Sumbangan Pek Keperluan Dapur untuk penduduk Taman Sri Andalas di Restoran D'Rakit Taman Rakyat, di sini, hari ini.

[caption id="attachment_479393" align="alignleft" width="421"] Mohd Zawawi mengagihkan Sumbangan Pek Keperluan Dapur untuk penduduk Taman Sri Andalas. 15 Julai 2021. Foto : Facebook N49 DUN Sungai Kandis.[/caption]

Mohd Zawawi yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis berkata agihan daging korban pula akan diagih rumah ke rumah dan penerima tidak dibenar hadir ke masjid atau tempat sembelihan.

"Biasanya masjid akan ada senarai penerima, justeru saya nasihatkan mereka yang menerima hanya tunggu di rumah dan tidak perlu datang ke masjid," katanya.

Hanya tiga premis di Selangor dibenar menjalankan sembelihan ibadah korban iaitu rumah sembelih veterinar atau rumah sembelihan swasta serta ladang atau kandang ternak berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (JPVS) dan masjid di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.