ad
AGENDA

Nafi terima RM400 juta, STFC cari penyebar berita palsu

15 Jul 2021, 9:31 AM
Nafi terima RM400 juta, STFC cari penyebar berita palsu
Nafi terima RM400 juta, STFC cari penyebar berita palsu

SHAH ALAM, 15 JULAI: Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) mengesan beberapa individu yang menyebar berita palsu berhubung dakwaan pasukan itu menerima RM400 juta.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya menyedari berita tidak benar disebarkan individu terbabit di media sosial Twitter dan Facebook semalam.

"Kami memandang serius tuduhan tidak berasas dan berniat jahat kerana perbuatan ini mencemar imej serta reputasi STFC.

"Oleh demikian, individu yang memuat naik tuduhan ini diminta menarik balik kenyataan dan membuat permohonan secara terbuka atau mereka bakal berdepan tindakan undang-undang," katanya kepada SelangorKini.

Bekas menteri kesihatan itu turut menyuarakan kekesalan berikutan penyebaran berita tidak benar ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

"Semua petugas dalam pasukan melakukan tanggungjawab dengan ikhlas dan tidak menerima apa-apa sebagai upah," katanya.

Terdahulu, tular dakwaan di media sosial yang menuduh STFC menerima RM400 juta daripada kerajaan Selangor untuk mengawal penularan Covid-19.

[caption id="attachment_479371" align="aligncenter" width="237"] Foto dari Twitter Dzulkefly Ahmad[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.