ad
AGENSI

Mais edar lebih 4,000 set makanan kepada petugas barisan hadapan

14 Jul 2021, 11:01 AM
Mais edar lebih 4,000 set makanan kepada petugas barisan hadapan

SHAH ALAM, 14 JULAI: Sebanyak 4,350 set makanan diedar kepada petugas barisan hadapan di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) hari ini.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata sumbangan berbentuk roti dan air mineral diserahkan kepada PPV UiTM Shah Alam; Dewan MBSA Seksyen 19; Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya dan Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Serdang.

"Manakala enam IPD termasuk Klang Utara, Klang Selatan, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam dan Serdang.

"Masing-masing menerima sumbangan antara 100 set hingga 1,000 set makanan dan minuman mengikut kapasiti keperluan petugas di lokasi masing-masing," katanya menerusi Facebook.

Menurut Mais, sumbangan fasa kedua ini mendapat kerjasama anak syarikatnya, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.