ad
AGENDA

PPV IDCC Shah Alam dibuka semula, pengunjung ambil langkah tambahan

14 Jul 2021, 8:53 AM
PPV IDCC Shah Alam dibuka semula, pengunjung ambil langkah tambahan
PPV IDCC Shah Alam dibuka semula, pengunjung ambil langkah tambahan
PPV IDCC Shah Alam dibuka semula, pengunjung ambil langkah tambahan
PPV IDCC Shah Alam dibuka semula, pengunjung ambil langkah tambahan
PPV IDCC Shah Alam dibuka semula, pengunjung ambil langkah tambahan

SHAH ALAM, 14 JULAI: Pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam dibuka semula hari ini selepas ditutup semalam berikutan 204 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan petugasnya.

Tinjauan SelangorKini mendapati orang ramai memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka sebagai langkah penjagaan tambahan serta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

[caption id="attachment_479239" align="alignleft" width="183"] Mohd Kamal Abdullah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI[/caption]

Penerima vaksin, K Gajapathirao, 60, berkata beliau bimbang apabila mengetahui PPV itu ditutup dan berharap penutupan tidak terlalu lama kerana menunggu penerimaan vaksin sejak dua bulan lalu.

"Apabila diberitahu PPV ditutup, saya sentiasa memeriksa MySejahtera untuk memastikan tiada perubahan tarikh dan khuatir jika PPV ini ditutup beberapa hari.

"Namun, saya datang seperti biasa dan memakai pelitup muka berganda serta pelindung muka mengambil langkah tambahan penjagaan ke PPV tersebut," kata pekerja sektor swasta itu.

[caption id="attachment_479240" align="alignright" width="188"] Vivien. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI[/caption]

Sementara itu, Vivien, 47, berkata beliau pada awalnya agak bimbang kerana berita tentang jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas PPV.

"Namun, saya dimaklumkan seluruh pusat ini disanitasi sebagai usaha mengekang penularan Covid-19," kata pengurus kanan syarikat logistik itu.

[caption id="attachment_479241" align="alignleft" width="186"] Mohd Kamal Abdullah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI[/caption]

Pesara swasta, Mohd Kamal Abdullah, 60, berkata beliau sepatutnya menerima dos kedua semalam tetapi ditangguh akibat jangkitan di PPV tersebut.

"Proses vaksinasi berjalan seperti biasa dan mengambil masa kurang dari satu jam," katanya.

[caption id="attachment_479242" align="alignright" width="209"] Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI[/caption]

Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau sudah lengkap dua dos vaksin walaupun tarikh penerimaan dijadualkan semalam.

"Saya juga dimaklumkan semua petugas di PPV ini merupakan pasukan baharu. Saya juga yakin SOP diperketat supaya mengelak perkara sama tidak berulang," katanya.

Semalam PPV berkenaan ditutup sehari selepas 204 petugasnya dikesan positif Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.