ad
AGENDA

MB seru waris mangsa Covid-19 mohon khairat kematian RM1,000

14 Jul 2021, 6:15 AM
MB seru waris mangsa Covid-19 mohon khairat kematian RM1,000
MB seru waris mangsa Covid-19 mohon khairat kematian RM1,000

SHAH ALAM, 14 JULAI: Waris atau keluarga mangsa Covid-19 diminta segera memohon bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 yang dibuka sehingga 12 Ogos ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 itu boleh mula dimohon menerusi laman sesawang http://www.selangorprihatin.com.

"Kerajaan Negeri menginsafi nasib ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat Covid-19. Oleh itu, bantuan khairat kematian berjumlah RM1,000 boleh dimohon dan diharap dapat meringankan beban mereka," katanya di Facebook.

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1.5 juta bagi tujuan itu dengan menyasarkan 1,500 keluarga bakal menerima manfaat tersebut.

Syarat permohonan seperti berikut:

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.