ad
AGENDA

Langgar SOP, Annuar Musa dikompaun RM2,000

12 Jul 2021, 7:51 AM
Langgar SOP, Annuar Musa dikompaun RM2,000

KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas berkunjung ke kediaman bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata Annuar dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memberitahu Annuar telah menerima kompaun daripada polis dan akan menjelaskannya secepat mungkin.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.