ad
PBT

MBPJ: Peniaga boleh mohon lesen dalam talian sepanjang PKP

10 Jul 2021, 12:39 AM
MBPJ: Peniaga boleh mohon lesen dalam talian sepanjang PKP

SHAH ALAM, 10 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan perkhidmatan permohonan lesen perniagaan secara dalam talian yang dibuka sepanjang masa.

Sekretariat unit komunikasi korporat berkata permohonan merangkumi lesen iklan luaran, iklan sementara, tred-pejabat pengurusan, establisymen makanan dan permit usahawan mikro.

Pemohon boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-79541560 atau emel kepada [email protected] untuk pertanyaan lanjut.

"Perkhidmatan dalam talian ini merupakan inisiatif majlis untuk memudahkan peniaga memohon lesen perniagaan.

"Di samping itu, dapat mengawal dan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dengan masyarakat tidak perlu keluar rumah terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD)," menurut kenyataan jabatan tersebut.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.