ad
AGENSI

Rebat RM20: Hampir 3,000 mohon selepas had usia diperluas

9 Jul 2021, 9:40 AM
Rebat RM20: Hampir 3,000 mohon selepas had usia diperluas

SHAH ALAM, 9 JULAI: Hampir 3,000 permohonan rebat RM20 bagi perjalanan ke pusat pemberian vaksin (PPV) menggunakan perkhidmatan e-panggilan Grab direkodkan sehingga semalam.

Ketua tanggungjawab sosial korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata individu lingkungan usia 20 hingga 30 tahun antara paling ramai memohon.

"Sambutan luar biasa sejak inisiatif diperluas kepada semua peringkat umur terutama 18 tahun ke atas yang layak mendapat suntikan vaksin selain mempunyai akaun Grab dan menetap di Selangor.

"Malah, ada juga permohonan daripada warga asing, ekspatriat, pelajar antarabangsa dan rakyat luar Selangor namun

terpaksa ditolak memandangkan tidak memenuhi syarat," kata Ahmad Azri Zainal Nor dalam temu bual secara maya hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedia mempertimbang untuk menambah peruntukan sekiranya jumlah permohonan melebihi 50,000 seperti disasarkan.

"Setakat ini, peruntukan kekal RM1 juta memandangkan ada juga pemohon yang tidak guna rebat itu walaupun diluluskan, tetapi kita boleh fikir untuk tambah jika melepasi had ditetapkan," katanya.

Permohonan rebat yang dibuka pada 20 Jun lalu sah bagi perjalanan ke PPV seluruh negeri dan Kuala Lumpur mulai 1 Julai hingga 30 September.

Orang ramai boleh melayari pautan www.platselangor.com dan tekang butang Inisiatif MBI Bisnes Amal untuk mendaftar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.