ad
AGENDA

Rempuh sekatan jalan raya, bekas ratu cantik tumbuk polis ditahan

8 Jul 2021, 2:20 PM
Rempuh sekatan jalan raya, bekas ratu cantik tumbuk polis ditahan

PETALING JAYA, 8 JULAI: Polis menahan bekas ratu cantik negara kerana menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek berusia 28 tahun berkenaan bertindak agresif dipercayai akibat mabuk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata wanita berkenaan memandu kenderaan bersama rakannya dari Kuala Lumpur ke Petaling Jaya.

"Setibanya di SJR Lebuhraya Persekutuan, suspek tidak memberhentikan kenderaan dan merempuh sekatan berkenaan.

"Anggota kereta peronda polis (MPV) mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya menahannya. Namun, suspek bertindak menumbuk anggota polis berkenaan ketika cuba ditahan," lapor Harian Metro.

Mohamad Fakhruddin berkata ujian air kencing terhadap suspek dan rakannya mendapati mereka positif ganja.

"Suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.