ad
AGENDA

Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin menteri kanan

7 Jul 2021, 9:15 AM
Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin menteri kanan

SHAH ALAM, 7 JULAI: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik timbalan perdana menteri dengan mengekalkan jawatan menteri pertahanan, umum Pejabat Perdana Menteri.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik menteri kanan dengan mengekalkan jawatan menteri luar negeri. Beliau turut mengetuai kluster keselamatan yang disandang Ismail sebelum ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

"Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta," kata Pejabat Perdana Menteri pada hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.