ad
AGENDA

Pesakit Covid-19 disaran ke CAC daerah, elak sesak di Stadium Malawati

6 Jul 2021, 3:41 PM
Pesakit Covid-19 disaran ke CAC daerah, elak sesak di Stadium Malawati

SHAH ALAM, 6 JULAI: Pesakit Covid-19 dinasihatkan ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di kawasan berhampiran di negeri ini untuk tindakan dan rawatan susulan.

Pengarah kesihatan Selangor berkata sebanyak 34 pusat tersebut telah disediakan di seluruh daerah bertujuan untuk menilai golongan berkenaan.

"Jika anda dikesan positif, saya menyeru supaya hadir ke pusat penilaian berhampiran. Hal ini bagi mengelak berlakunya kesesakan terutama yang berlaku semalam di Stadium Malawati, Shah Alam.

"Saya faham ramai orang memilih CAC ini (Stadium Malawati) kerana kawasan parkir yang luas, mudah dan besar. Namun, saya amat berharap mereka dijangkiti pergi ke daerah masing-masing," kata Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Beliau berkata demikian ketika program Urus Situasi Kritikal PKPD di Selangor menerusi siaran langsung Agenda Awani malam ini.

CAC ditubuhkan pada akhir Januari lalu bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Perintah Kawapan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuat kuasa membabitkan 34 mukim di lapan daerah di Selangor selama 14 hari bermula Sabtu lalu hingga 16 Julai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.