ad
AGENDA

Pusat vaksin kendalian swasta dibuka di Sabak Bernam

5 Jul 2021, 3:40 AM
Pusat vaksin kendalian swasta dibuka di Sabak Bernam

SHAH ALAM, 5 JULAI: Pusat pemberian vaksin (PPV) yang melibatkan pengamal perubatan swasta dibuka di Sabak Bernam hari ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi Facebook, kementerian memaklumkan pusat vaksin yang dikendalikan anak syarikatnya, ProtectHealth Corporation berusaha mempercepatkan imuniti kelompok di negara ini.

"PPV Daerah Sabak Bernam mula beroperasi hari ini dengan kapasiti harian 1,000 dos. Ia bagi memanfaatkan penduduk sekitar dan tambahan kepada PPV sedia ada kendalian KKM," katanya.

Di bawah kerjasama awam dan swasta, KKM membuka beberapa PPV di kawasan luar bandar termasuk di Selangor.

Pada 30 Jun, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 1,254 PPV terlibat menjayakan program Vaksin Selangor (Selvax).

Katanya, jumlah itu merangkumi pembukaan PPV mega (lima), PPV dewan komuniti (enam), PPV Klinik Selcare (15) dan PPV klinik panel (1,228) akan mempercepatkan usaha mencapai imuniti kelompok.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.