ad
EXCO

Ubah laluan, Bas Smart Selangor mudahkan orang ramai ke PPV

3 Jul 2021, 9:13 AM
Ubah laluan, Bas Smart Selangor mudahkan orang ramai ke PPV
Ubah laluan, Bas Smart Selangor mudahkan orang ramai ke PPV

SHAH ALAM, 3 JULAI: Laluan Bas Smart Selangor diubah ke kawasan pusat pemberian vaksin (PPV) bagi kemudahan orang ramai mengambil suntikan.

EXCO pengangkutan berkata setakat ini 11 laluan dipinda melibatkan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Daerah Kuala Selangor.

Menurut Ng Sze Han laluan berkenaan bersifat sementara waktu sehingga pengoperasian PPV tamat.

"Pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama operator bas juga sedang kenal pasti laluan lain yang boleh dilencongkan supaya memudahkan rakyat ke PPV mengikut tarikh janji temu.

"Inisiatif ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kapasiti penerima vaksin di Selangor seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Januari lalu, Kerajaan Selangor menggerakkan Bas Smart Selangor untuk membawa pesakit Covid-19 dari rumah ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Serdang yang antara lain bagi mengurangkan beban petugas hadapan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.