ad
AGENDA

Tiga orang dibenar dalam satu kereta untuk vaksin, perubatan

2 Jul 2021, 11:45 AM
Tiga orang dibenar dalam satu kereta untuk vaksin, perubatan

KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Tiga orang termasuk pemandu dibenarkan di dalam sebuah kereta bagi penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi urusan perubatan dan penerimaan vaksin Covid-19, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, penduduk yang terlibat hanya perlu menunjukkan bukti janji temu di aplikasi Mysejahtera, halaman web atau mesej pesanan ringkas kepada anggota keselamatan yang bertugas di lapangan.

"Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara case by case basis (mengikut kes)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Acryl Sani, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi tatacara operasi piawai Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan memainkan peranan dalam usaha melandaikan lekuk jangkitan wabak Covid-19.

Semalam kerajaan mengumumkan beberapa mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur dikenakan PKPD mulai esok sehingga 16 Julai.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.