ad
AGENSI

LZS santuni pendakwah bebas terjejas akibat PKP

1 Jul 2021, 4:50 AM
LZS santuni pendakwah bebas terjejas akibat PKP

SHAH ALAM, 1 JULAI: Seorang pendakwah bebas yang terkesan disebabkan pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima bantuan bulanan.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata pendapatan lelaki tersebut terjejas kerana sesi pengajian di masjid dan surau tidak dapat dijalankan sehingga perbelanjaan bulanannya semakin sempit.

"Memandangkan situasi semasa yang semakin meruncing kini, kami bersedia untuk menyantuninya bagi kewangan bulanan dan sewa rumah bulanan.

"Beliau yang menyara empat anak bersekolah dan seorang isteri yang tidak bekerja tetap gigih membantu sahabat pendakwah lain yang juga terjejas pendapatan akibat pandemik," katanya menerusi Facebook

LZS menambah pendakwah terbabit dikategorikan sebagai penerima Bantuan Alternatif Insan Terkesan (Bait) yang disantuni Skuad Saidina Umar dan Operasi Agihan Daerah Petaling.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang terus menerus memberikan info orang perlu dibantu dan kami akan berusaha sebaiknya untuk menyantuni para mustahik."

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.