ad
PBT

MPS peruntuk RM320,000 jayakan program mesra rakyat

30 Jun 2021, 6:35 AM
MPS peruntuk RM320,000 jayakan program mesra rakyat

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memperuntuk sejumlah RM320,000 bagi melaksana program mesra rakyat sejak awal tahun ini.

Pemangku yang dipertuanya berkata dana disalurkan melalui 24 ahli majlis di setiap zon masing-masing bagi membantu penduduk terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Antara program dijalankan serahan kit keselamatan Covid-19, bank makanan, bantuan barangan basah dan makanan asas termasuk edaran pelitup muka serta alat pengimbas suhu.

"Peruntukan juga digunakan untuk membantu penjaja dan menjalankan operasi nyahkuman bagi mencegah penularan wabak," kata Cheremi Tarman dalam kenyataan semalam.

Beliau menambah sehingga hari ini, program bagi meringankan beban itu memanfaatkan seramai 6,000 keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.