ad
AGENSI

Urusan di pejabat agama negeri hanya melalui janji temu

29 Jun 2021, 1:31 PM
Urusan di pejabat agama negeri hanya melalui janji temu

SHAH ALAM, 29 JUN: Semua urusan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri ini ketika Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya melalui janji temu.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menerusi hantaran ringkas di Instagram rasminya memaklumkan kehadiran orang awam ke PAID tanpa janji temu atau secara 'walk-in' (jumpa terus) adalah tidak dibenarkan.

Menurut hantaran itu, slot janji temu bagi PAID Sepang; Kuala Langat; Hulu Selangor; Kuala Selangor dan Sabak Bernam bagi Julai juga telah dibuka.

"Pautan janji temu boleh diakses melalui laman web dan akaun Facebook rasmi JAIS," menurut hantaran itu.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.