ad
ADN

DUN Kinrara sediakan mesin oksigen bantu penduduk dikuarantin di rumah

29 Jun 2021, 10:06 AM
DUN Kinrara sediakan mesin oksigen bantu penduduk dikuarantin di rumah

SHAH ALAM, 29 JUN: Pesakit Covid-19 sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara yang menjalani kuarantin di rumah boleh meminjam mesin oksigen dari pusat khidmatnya.

Ahli Dewan Negerinya berkata tiga mesin disediakan sejak minggu lalu bagi memudahkan mereka menjalani proses pemulihan.

"Pesakit yang memerlukan mesin ini diminta menghubungi kakitangan pusat khidmat, Grace di talian 016-2380326.

"Tempoh pinjaman boleh sehingga 14 hari dan ia perlu dipulangkan sebaik sahaja pulih," kata Ng Sze Han kepada SelangorKini hari ini.

Menurutnya, wakil pusat khidmat akan menghantar mesin terbabit terus ke rumah pesakit selepas permohonan dibuat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.