ad
AGENSI

Mais sumbang RM10,000 kepada pertubuhan orang buta

28 Jun 2021, 1:30 PM
Mais sumbang RM10,000 kepada pertubuhan orang buta

SHAH ALAM, 28 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM).

Agensi menerusi Facebook berkata peruntukan itu bagi membekalkan makanan asas kepada 1,000 keluarga orang kelainan upaya (OKU) yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Kita turut mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat bagi membantu individu yang kurang berkemampuan terutama ketika pandemik Covid-19," katanya.

Mereka yang ingin menyumbang bersama Mais boleh melayari pautan https://www.mais.gov.my/sedekah/ atau hubungi 03-5514 3752/3773 untuk maklumat lanjut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.