ad
EXCO

EXCO: RM370,000 wang dari tabung Palestin disalur dalam masa terdekat

27 Jun 2021, 11:10 AM
EXCO: RM370,000 wang dari tabung Palestin disalur dalam masa terdekat

SHAH ALAM, 27 JUN: Kerajaan Negeri akan menyalurkan dana berjumlah RM370,000 melalui kutipan Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin kepada Global Peace Mission (GPM) Malaysia dalam masa terdekat.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata kutipan fasa pertama perlu disalurkan segera berikutan keperluan mendesak penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

"Mesyuarat bersama Perbendaharaan Kewangan Negeri pada Jumaat lalu memutuskan supaya serahan fasa pertama ini dibuat dengan kadar segera bagi menampung keperluan rakyat di wilayah terbabit.

"Dana akan digunakan untuk membeli sebuah ambulans dan edaran bakul makanan. Kita berterima kasih kepada penyumbang kerana membantu menjayakan misi ini," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Orang ramai yang ingin menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin boleh berbuat demikian melalui nombor akaun 8604747531 (Cimb Islamic Bank Berhad) atas nama Bendahari Negeri Selangor dan rujukan Palestin.

Individu atau syarikat korporat yang menyumbang layak mendapat potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (tertakluk kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.