ad
SELANGOR

Penduduk DUN Bukit Antarabangsa diseru ambil vaksin minggu depan

27 Jun 2021, 10:31 AM
Penduduk DUN Bukit Antarabangsa diseru ambil vaksin minggu depan
Penduduk DUN Bukit Antarabangsa diseru ambil vaksin minggu depan

AMPANG, 27 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa mengambil peluang penganjuran program saringan percuma hari ini dengan membuat hebahan pemberian vaksin kepada masyarakat.

Penyelarasnya Suzana Shaharudin berkata vaksin jenis Sinovac dijangka diberikan kepada penerima pada 3 dan 4 Julai ini di Dewan Dato' Ahmad Razali di sini.

"Individu yang ingin mendapatkan vaksin jenis Sinovac ini boleh menghubungi pusat khidmat rakyat DUN Bukit Antarabangsa.

[caption id="attachment_477091" align="alignright" width="378"] Suzana Shaharudin[/caption]

"Keutamaan kepada penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Skim Peduli Sihat," katanya pada Saringan Komuniti fasa tiga DUN Hulu Klang dan Bukit Antarabangsa di Dewan Serbaguna MPAJ AU5 hari ini.

Beliau berkata bagi Saringan Komuniti pihaknya menyasarkan 2,000 peserta akan menyertai program anjuran Kerajaan Negeri itu.

Saringan bermula Sabtu lalu di DUN Seri Setia dan Taman Medan diikuti Gombak Setia, Sungai Tua dan Taman Templer serta diikuti semalam di Kajang dan berakhir hari ini di Hulu Klang serta Bukit Antarabangsa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.