ad
AGENDA

20 kes import di Sabak Bernam babit pengembara India

25 Jun 2021, 3:41 PM
20 kes import di Sabak Bernam babit pengembara India
20 kes import di Sabak Bernam babit pengembara India
20 kes import di Sabak Bernam babit pengembara India

SHAH ALAM, 25 JUN: Lebih separuh daripada 32 kes import di negara ini dikesan Selangor, 20 daripadanya di Sabak Bernam membabitkan pengembara dari India.

Data Jabatan Kesihatan Negeri Selangor malam ini menunjukkan satu lagi kes di negeri ini berlaku di Sepang melibatkan pengembara dari Indonesia.

Mengikut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang tadi, sebanyak 11 lagi kes import membabitkan Kuala Lumpur tetapi tidak menyebut negara pengembara.

Semakan mendapati hanya dua kes import dicatat di Selangor semalam melibatkan penggembara dari Indonesia dan Filipina, masing-masing satu di Sepang dan Sabak Bernam.

Umumnya, kes harian Sabak Bernam antara paling rendah di Selangor. Namun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat pernah dilaksana di daerah berkenaan pada 30 Mei lalu.

Baru-baru ini, KKM memaklumkan varian Covid-19 Delta mencetuskan tsunami wabak di India.

Varian tersebut didapati 60 peratus lebih cepat merebak dan banyak membawa banyak kematian. Varian itu telah merebak ke 80 negara termasuk Malaysia.

Berikut pecahan kes mengikut daerah dan mukim di Selangor yang dipaparkan menerusi Facebook JKNS

Malaysia mencatat 5,812 kes baharu Covid-19 hari ini dengan Selangor rekod 2,187 kes.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.