ad
ADN

Saringan DUN Subang Jaya kesan 15 individu disyaki positif Covid-19

25 Jun 2021, 6:00 AM
Saringan DUN Subang Jaya kesan 15 individu disyaki positif Covid-19

SHAH ALAM, 25 JUN: Seramai 15 individu disyaki positif Covid-19 daripada 659 individu yang menjalani saringan bersasar di USJ14, Subang Jaya, semalam.

Ahli Dewan Negerinya berkata mereka dirujuk kepada Kementerian Kesihatan untuk menjalani ujian tindak balas berantai polimeras masa nyata (rt-PCR) bagi mengesahkan status jangkitan.

"Team Subang Jaya juga akan menghantar kit penilaian yang mengandungi alat pengukur kandungan oksigen (oximeter) dan ubat-ubatan.

"Selain itu, bakul makanan juga akan dihantar kerana kami faham mereka tidak boleh keluar kerana perlu menjalani kuarantin," kata Michelle Ng Mei Sze ketika dihubungi hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya menjalankan program saringan bersasar di USJ14 susulan kes positif membabitkan pekerja di dua premis restoran di situ.

Ujian saringan tersebut bagi mengenal pasti sebarang potensi kluster sekali gus mengekang penularan wabak dalam komuniti.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.