ad
BERITA UTAMA

MB: Tingkat jalur lebar luar bandar, bantu pendigitalan perniagaan

23 Jun 2021, 10:45 AM
MB: Tingkat jalur lebar luar bandar, bantu pendigitalan perniagaan

SHAH ALAM, 23 JUN: Kelajuan jalur lebar di kawasan luar bandar perlu ditingkatkan bagi membantu peniaga melakukan transformasi pendigitalan perniagaan mereka.

Dato' Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri menyedari kemudahan kelajuan internet di luar bandar seperti Sabak Bernam perlu ditingkatkan kerana banyak perusahaan kecil dan sederhana beroperasi.

"Itu akan menjadi cabaran kerajaan pada tahun ini," kata Dato' Seri Amirudin Shari pada sidang media menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Beliau berkata, transformasi pendigitalan perniagaan bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi negeri tetapi hasil jualan dapat dinikmati peniaga menerusi empat kempen e-dagang Selangor.

"Dalam perkongsian tadi ada peniaga meningkat jualan sebanyak RM3,000 dan yakin pada waktu sekarang (Perintah Kawalan Pergerakan) bukan turun tetapi naik angka tertentu.

"Ini bukan sahaja dirasai di Lembah Klang tetapi di Sabak Bernam dan Sungai Air Tawar," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.