ad
AGENSI

Polis Shah Alam terima aduan rumah ibadat langgar SOP

23 Jun 2021, 5:09 AM
Polis Shah Alam terima aduan rumah ibadat langgar SOP

SHAH ALAM, 23 JUN: Polis Shah Alam menerima aduan rumah ibadat selain Islam yang cuba mengadakan upacara tanpa mengikut tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata pasukan pemantauan Covid-19 digerakkan ke kawasan terbabit untuk menjalankan pemeriksaan.

"Bagaimanapun, pemantauan mendapati setiap rumah ibadat mengikuti SOP ditetapkan dan setakat ini tiada sebarang kompaun dikeluarkan," katanya ketika dihubungi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya memberi kerjasama dan mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan tiada aktiviti keagamaan di rumah ibadat sepanjang PKP. Hanya 12 ahli jawatankuasa dibenarkan hadir tanpa melibatkan penganut lain.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.