ad
AGENDA

MB: Penduduk Kajang disaran hadir saringan percuma Sabtu ini

22 Jun 2021, 3:30 PM
MB: Penduduk Kajang disaran hadir saringan percuma Sabtu ini
MB: Penduduk Kajang disaran hadir saringan percuma Sabtu ini

SHAH ALAM, 22 JUN: Dato' Menteri Besar mempelawa penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hadir membuat saringan Covid-19 secara percuma Sabtu ini.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan, saringan komuniti fasa tiga anjuran Kerajaan Selangor itu diadakan di Dewan Seri Cempaka bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

"Warga DUN Kajang dan sekitarnya disaran menjalani ujian saringan Covid-19 percuma Sabtu ini. Daftar di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)," katanya di Facebook.

Saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) membolehkan pengesanan jangkitan dalam tempoh kurang 30 minit.

Kerajaan Selangor memperuntuk RM10.7 juta untuk menjayakan program berkenaan dengan tumpuan di kawasan jangkitan tinggi selain sektor industri dan perkilangan.

Sebelum ini program sama turut diadakan di DUN Seri Setia, Taman Medan, Gombak Setia, Sungai Tua dan Taman Templer. Manakala, Hulu Kelang dan Bukit Antarabangsa pada 27 Jun.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.