ad
AGENDA

Mohon rebat RM20 ke pusat vaksin mulai hari ini

20 Jun 2021, 7:23 AM
Mohon rebat RM20 ke pusat vaksin mulai hari ini
Mohon rebat RM20 ke pusat vaksin mulai hari ini

SHAH ALAM, 20 JUN: Orang ramai boleh memohon rebat RM20 bagi perjalanan ke pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negeri menggunakan Grab mulai hari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata tawaran khusus buat warga Selangor berumur 50 tahun ke atas, sah untuk perjalanan mulai 1 Julai.

"Rebat sebanyak RM20 disediakan, tebus dengan membuat pesanan pengangkutan menerusi aplikasi Grab. Permohonan rebat dibuka hari ini (20 Jun) dan rebat sah hingga 30 September 2021," katanya di Facebook.

Layari www.platselangor.com dan klik Inisiatif MBI Bisnes Amal untuk pendaftaran.

Inisiatif dengan peruntukan RM1 juta yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 bakal memanfaatkan hampir 50,000 penduduk negeri ini.

Pada 9 Jun, Kerajaan Selangor mengumumkan pakej bernilai RM551.56 juta bagi membantu rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelan tersebut memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani serta penggiat pelancongan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.